Ahad, 29 November 2015

Pemikiran Senghor dalam Puisi To The American Negro Soldier berdasarkan teori negritude, dekolonialisme, dan orientalisme.

oleh
Muhaimen Bin Mazelan
Muhamad Firdaus Bin Mohd Yunus
Shamiz Zul Haiqal Bin Azman

PENDAHULUAN
Sungguhpun Afrika merupakan sebuah negara yang kurang membangun dan mundur tetapi kesusasteraannya berkembang begitu pesat sekali. Perkembangan kesusasteraan Afrika sebenarnya telah dicorak dan dibentuk dengan pelbagai falsafah yang mengangkat bangsa kulit hitam. Isu-isu yang diketengahkan dalam kesusasteraan Afrika adalah berkaitan dengan hak orang berkulit hitam, adat resam, warisan, perhambaan, penindasan dan pelbagai lagi. Sebenarnya, kepesatan perkembangan sastera di Afrika telah dipengaruhi dengan semangat perjuangan menentang penjajahan Barat di Afrika. Penjajahan Barat di Afrika telah mendatangkan kesengsaraan kepada bangsa kulit hitam itu sendiri. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dasar-dasar yang diamalkan penjajah adalah lebih memihak kepada pihak penjajah itu sendiri. Misalnya, dasar aparteid. Dasar aparteid ini memberi kelebihan dari segi hak politik, ekonomi dan sosial kepada orang berkulit putih berbanding orang berkulit hitam. Dalam erti kata lain, dasar ini meletakkan bangsa berkulit putih yakni penjajah di hierarki tertinggi dan bangsa berkulit hitam iaitu bangsa dijajah berada di hierarki terendah, dan keadaan ini telah membolehkan bangsa berkulit putih mendominasikan bangsa berkulit hitam untuk kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, pada era penjajahan di Afrika telah melahirkan tokoh-tokoh sastera bangsa berkulit hitam yang bergiat aktif dalam memperjuangkan hak mereka untuk mencapai kebebasan dalam semua sudut sama ada kuasa pemerintahan, kebudayaan mahupun hak mereka sebagai bangsa asal di Afrika. Tokoh-tokoh sastera bangsa berkulit hitam dipelopori oleh golongan yang berpendidikan Barat. Antaranya ialah Chinua Ahcibe, Kwesi Brew, Leapord Sedar Senghor dan pelbagai lagi. Tokoh tersebut telah menghasilkan pelbagai penulisan sastera yang terdiri daripada cerpen, novel, dan sajak. Intipati yang diketengahkan dalam penulisan tersebut adalah untuk mengangkat bangsa Afrika supaya mempunyai hak setaraf dengan bangsa-bangsa lain. Teori Negritude dan Dekolonialisasi serta Orientalisme akan digunakan dalam penulisan ini untuk meneliti dan mengkaji karya sastera Afrika iaitu To the American Negro Soldier.
LATAR BELAKANG PENGARANG
Leopold Sedar Senghor merupakan salah seorang pelopor gerakan negritude dan juga pejuang yang berusaha membawa sastera Afrika ke arah dimensi baharu, iaitu mengetengahkan dan mengagungkan budaya Afrika yang bertamadun tinggi. Senghor sedar bahawa tempoh panjang penjajahan Barat di Afrika telah menghakis nilai kebudayaan Afrika dan ini mendorong beliau untuk bergiat secara aktif memperjuangkan sastera Afrika berteraskan acuan mereka sendiri.
Leopold Sedar Senghor dilahirkan pada 9 oktober 1926 di Senegal dan meninggal dunia pada 20 disember 2001. Senghor dilahirkan di sebuah perkampungan yang terletak di Joal yakni majority penduduknya ialah beragama Islam. Bapanya seorang katolik dan juga peniaga kacang tanah yang berjaya di Senegal. Kehidupan Senghor berlatarkan peniagaan dan beragama katolik telah mempengaruhi corak perjalanan hidup dan karya-karya yang diciptakannya.
Leopold Sedar Senghor mendapat pendidikan awal di Senegal dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Paris, Perancis. Pada masa inilah, Senghor mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan penyair Afrika yang lain. Antaranya Aime Cesaire dan Leon Damas. Hasil daripada perkenalan ini, mereka telah membentuk sebuah kumpulan “Black Student” dan berjinak-jinak melibatkan diri dalam dunia politik dan juga pergerakkan kebudayaan. Motif utama keterlibatan kumpulan tersebut dengan dunia politik dan kebudayaan adalah sebagai usaha untuk memperjuangkan kemerdekaan negeri daripada belenggu penjajahan Barat, terutamanya Perancis.
Setelah tamat pengajiannya di Perancis, Senghor kembali ke tanah airnya dan bergiat cergas dalam dunia politik yang masih berada di bawah penjajahan Perancis. Beliau semakin aktif dalam meneruskan perjuangannya di Senegal yakni sebuah perjuangan yang beliau telah mulakan semasa melanjutkan pengajiannya di Perancis (Talib Samat 1993: 294). Di samping itu, Senghor pernah juga menjadi guru di institusi pendidikan di negaranya.
            Apabila Senegal mencapai kemerdekaan, Senghor telah menjadi Timbalan Hal Ehwal Senegal dalam Dewan Kebangsaan Perancis sebelum dilantik menjadi menteri di dalam kabinet kerajaan kolonial Perancis. Kemuncaknya kariernya dalam bidang politik terbukti apabila Senghor dilantik menjadi presiden pertama pada tahun 1960 dan bersara pada tahun 1981.
Keterlibatan Senghor secara aktif sebagai seorang pejuang pergerakkan kebudayaan, sastera dan politik di negaranya telah mendorong dirinya menjadi pemimpin dan juga penyair Afrika yang terpenting dalam mengangkat karya-karyanya dalam Bahasa Perancis yang dikenali dunia. Karya-karya yang dihasilkannya begitu bermutu dan setaraf dengan hasil kesusasteraan Barat. Sumbangannya dalam dunia puisi ialah menerbitkan beberapa buah antologi puisi persendirian. Antara karyanya ialah Chant d’ombres, Songs of the Shade, Black Victories, Noturnes dan lain-lain.
TEORI DAN PENDEKATAN KAJIAN
Kajian terhadap puisi “To The American Negro Soldier” oleh Leopold Sedar Senghor yang dipilih akan dianalisis dengan menggunakan teori bacaan yang sering disebut pendekatan atau falsafah negritude, Dekolonial dan juga Orietalisme. Ketiga-tiga pendekatan ini amat bersesuaian digunakan untuk mengkaji dan membuat analisis terhadap puisi Senghor bercorak menentang penjajahan serta bersifat patriotik.


PENDEKATAN NEGRITUDE
Pendekatan pertama yang diaplikasikan semasa menganalisis puisi ini ialah Teori “negritude”. Teori ini dipelopori dan diperjuangkan oleh Leopold Sedar Senghor dalam usahanya membebaskan Afrika daripada belenggu penjajahan Barat. Perjuangan Senghor berteraskan intipati Negritude dapat dirasai kesan mendalam melalui puisi-puisi ciptaannya. Perjuangannya dalam memperjuangkan negritude tidaklah keseorangan tetapi dibantu oleh dua orang tokoh lain iaitu Leon Damas dan Aime Ceasire. Teori negritude mula berknmbang sekitar tahun 1920-an sehingga 1930-an (Sohaimi Abdul Aziz, 2014:172). Pergerakan negritude mempunyai kaitan dengan kesedaran dalam kalangan pengarang hitam yang dikenali sebagai black consciousness untuk menghasilkan black writing. Kesedaran ini membuatkan mereka bangkit setelah sekian lama dijajah dalam diskriminasi, eksploitasi, dan rasisme. Abiola Irele dalam tulisannya menjelaskan teori negritude yang diperjuangkan oleh Leopold Sedar Senghor seperti katanya:
"Senghor has defined negritude as "the sum total of African cultural values," something perhaps more than the simple relation of the African's personality to his social and cultural background. For although Senghor never speaks of an "essence", he speaks of a "Negro soul", of a special spiritual endowment of the African, which is, in some respect, shared by the Negro in the New World, and is therefore a racial mark."
                                                                                                (Cooke, 1971:18)
            Leopold Sedar Senghor mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri mengapa beliau memperjuangkan pendekatan tersebut dalam puisi-puisi bersama tokoh-tokoh penyair Francophone yang lain seperti yang dijelaskan oleh Abiola Irele:
"Senghor negritude, for example, is an anti-intellectualism mediated by the intellect, and the whole movement is expressed through a western mould which absorbs African realities. In short, negritude is a break with tradition: although African in content, it is western in its formal expression." 
                                                                                                                                    (Ibid.,22)
Dalam puisi-puisinya, Senghor berusaha menerapkan pendekatan ini dan permasalahan masyarakat Afrika yang mundur dan sedang dijajah yang memerlukan penglibatan golongan intelektual untuk membangunkan mentaliti dan pemikiran bangsa mereka supaya dapat hidup bebas dan merdeka seperti bangsa yang bertamadun (Talib Samat, 1993:295).
            Secara tepatnya, pendekatan negritude lebih menekankan kepada pengekalan tradisi lama dalam masa menempuh arus kemasukan budaya moden akibat kedatangan penjajah barat. Selain itu, mereka juga percaya bahawa ciri-ciri tradisional masih boleh dikekalkan terus menerus dalam masyarakat Afrika sebelum atau selepas merdeka (Ibid.,296). Laurence Urdang mendefinisikan konsep negritude sebagai:
"...the historical, cultural and social back ground considered common the Negroes collectivel."
                                                                                                     (Laurence Urdang, 1977:891)
            Pendekatan negritude yang diperjuangkan oleh Senghor dan angkatannya sebenarnya mempunyai matlamat dan tujuan asas iaitu memuji kehitaman, mencari dan mengecam kesalahan golongan borjuis di negara masing-masing, merancang dan mencetuskan satu revolusi sosial (Gerald Moore, 1971:36), melancarkan revolusi pemikiran terhadap golongan kulit putih, membanggakan dan mengetengahkan seni orang kulit hitam yang dianggap primitif agar diberi perhatian oleh masyarakat Afrika sendiri dan masyarakat antarabangsa.
            Antara puisi-puisi Leopold Sedar Senghor yang dihalusi dengan pendekatan negritude ialah Paris in The Snow, In Memoriam, Luxembourg 1939, Totem, All Day Long dan sebagainya. Secara terperinci, isi-isi puisi yang diciptakan oleh Leopold Sedar Senghor dan rakan-rakannya yang lain adalah untuk mengaslikan kembali kebudayaan Afrika tradisional dalam masyarakat mereka yang sedang menuju ke arah pemodenan dalam semua aspek kehidupan akibat kedatangan penjajah. Mereka ingin menyatakan rasa kehilangan, marah dan bertindak balas terhadap kekejaman penjajah yang mengacau dan memporak-perandakan pelbagai aspek hidup bangsa Afrika. Mereka juga ingin menyarankan rasa kegemilangan dan ketinggian tamadun tradisional mereka dan rasa harapan yang positif terhadap hari esok dan masa hadapan yang cerah.
PENDEKATAN DEKOLONIALISASI
Teori kedua yang digunakan sebagai pendekatan untuk menganalisis puisi To The American Negro Soldier ialah dekolonialisasi. Dekolonialisasi merupakan gerakan yang dibentuk untuk tujuan menyahkan penjajahan. Usaha melalui dekolonialisasi ini dilakukan oleh bangsa dijajah melalui pergerakkan tertentu untuk membebaskan diri mereka daripada terus terjajah. Dalam erti kata lain, bangsa dijajah berjuang untuk mempunyai kebebasan berpolitik dan memerintah negara sendiri tanpa pengaruh bangsa penjajah. Berikut adalah definisi berkaitan dekolonialisasi:
“decolonization is quite simply the substitution of one "species" of mankind by another. The substitution is un­conditional, absolute, total, and seamless.”
(Fanon 1961: 1)
Fanon dalam penulisannya menyatakan dekolonialisasi adalah satu proses menggantikan sesuatu spesies yakni bangsa manusia dengan bangsa manusia lain. Dalam kata yang lain, dekolonialisasi ialah penggantian sesuatu bangsa dengan bangsa lain yang dilakukan tanpa sebarang syarat, mutlak, dan berjalan lancar. Lazimnya, dekolonialisasi akan digerakkan melalui perjuangan pembebasan dilakukan oleh bangsa tertentu sama ada melibatkan keganasan mahupun diplomasi (Fanon 1961:1). Gerakkan pembebasan ini selalunya dipelopori suatu kelompok atau kumpulan yang dijajah untuk menyahkan penjajahan yang berlaku di tanah air mereka. Sekiranya, pihak yang dijajah menang, mereka mempunyai kelebihan untuk menggantikan pihak penjajah yang kalah untuk memerintah tanpa dikenakan dengan sebarang syarat.
            Dengan maksud yang lebih luas, pendekatan dekolonialisasi berfungsi sebagai teori yang melihat usaha-usaha pembebasan tanah air dengan menyahkan penjajahan dengan melibatkan pertumpahan darah mahupun diplomasi.  Dalam kata lain, dekolonialisasi merupakan pendekatan yang digunakan untuk menyelami kandungan sesebuah teks dengan mempertimbangkan setiap usaha yang cuba menyahkan penjajahan di tanah air.
Pendekatan ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam puisi Senghor, To The American Negro Soldier. Hal ini dikatakan sedemikian kerana intipati dalam puisi tersebut membicarakan tentang pembebasan tanah air yang dilakukan oleh bangsa berkulit hitam yakni bangsa Afrika yang dijajah.

PENDEKATAN ORIENTALISME
Teori ketiga yang digunakan untuk mengkaji dan menganalisis puisi To The American Negro Soldier ialah orietanlisme. Orientalisme dapat dirujuk sebagai kumpulan idea, teori, kepercayaan yang difigurakan oleh Barat terhadap budaya dan nilai Timur (Edward 1978: 204). Dalam erti kata lain, orietanlisme merupakan suatu pemikiran dan juga pendekatan yang melihat segala usaha penjajah untuk menerapkan pemahaman atau ideologi mereka kepada bangsa yang dijajah. Pemahaman atau ideologi mereka meletakkan diri mereka sebagai bangsa yang unggul dan agung (Sohaimi Abdul Aziz 2014: 166). Pemahaman atau ideologi yang cuba diketengahkan oleh penjajah ini sebenarnya bersifat politik, rasis, dan juga penjajahan terhadap bangsa dijajah. Dalam puisi To The American Negro Soldier terdapat unsur-unsur orientalisme dan amatlah bersesuaian sekiranya teori ini diaplikasikan untuk menganalisis puisi ini.
ANALISIS KETIGA-TIGA TEORI TERHADAP PUISI TO THE AMERICAN NEGRO SOLDIER.
Puisi ini mengisahkan tentang masyarakat Afrika yang berasa tersentuh dengan kehadiran tentera Amerika Afrika yang terdiri daripada bangsa mereka sendiri. Hal ini berikutan dengan ugutan yang telah dilakukan oleh tentera Nazi Jerman yang ingin menguasai Eropah, Afrika Utara dan Timur Dekat. Sehubungan dengan ini, Amerika Syarikat secara rasminya telah membuat dasar pengasingan dalam aktiviti ketenteraan iaitu mengasingkan tentera berkulit hitam dengan tentera berkulit putih. Jadi, tentera Afrika lebih banyak digunakan dan diperalatkan bagi memenangi peperangan dunia kedua.
            Merujuk puisi ini, jasa dan pengorbanan bangsa Afrika ini diselindungkan di sebalik nama Amerika Syarikat yang menjadi pusat utama ketenteraan. Hal ini jelas dalam baris pertama puisi yang mengatakan; “I did not recognise you in your prison of sad-coloured uniforms”. Baris-baris awal puisi ini juga menekankan tentang fizikal tentera Afrika Amerika yang dilengkapi pakaian ketenteraan Amerika Syarikat dengan dilengkapi oleh mesin kenderaan perperangan seperti dalam baris ini; “I did not recognise the quavering whinny of your iron horses that drink but do not eat.” Perkara ini seolah-olah memperihatkan diri mereka adalah orang Amerika, bangsa berkulit putih, namun setelah menyedari bahawa tentera ini berkulit hitam, maka lahirlah kegembiraan di hati masyarakat Afrika.
            Bagi bangsa Afrika, kedatangan tentera Amerika Afrika ini seperti rahmat yang dikurniakan Tuhan. Hal ini kerana, perjuangan tentera ini seperti memperjuang dan melindungi bangsa Afrika itu sendiri dari belenggu peperangan serta membawa kepada pendamaian.
“No, you are the messengers of his mercy, breath of Spring after Winter
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
“Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
(Senghor 1964: 76)
            Kemenangan tentera Amerika Afrika ini dalam peperangan memberi gambaran bahawa, munculnya sinaran keamanan yang memberi kebebasan kepada masyarakat Afrika untuk menjalani kehidupan seperti yang diimpikan. Selain itu puisi ini turut memaparkan suasana gembira dan tingkah laku masyarakat Afrika yang mula memperoleh hidup baru dengan kehadiran tentera berbangsa Afrika ini. Suasana ini jelas dipamirkan dalam baris-baris puisi ini:
“Aerial cities are warm with nests
Down streets running with joy, boys play with their dreams
Men dance before their machines, and catch themselves singing
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins
The hips of the women... o sweetness... grow full and heavy”
(Senghor 1964:77)
            Oleh itu, puisi ini jelas bertujuan untuk mengangkat golongan Afrika sebagai wira yang hadir untuk memberi keamanan kepada bangsa Afrika dan bukan daripada golongan berkulit putih. Walaupun tentera ini berpusat kepada Amerika Syarikat, namun perjuangannya dianggap sebagai perjuangan yang menuntut kepada kebebasan bangsa Afrika kerana tentera ini terdiri daripada golongan yang berbangsa Afrika. Jadi, semangat dan pengorbanan tentera Amerika Afrika ini menjadi lambang kepada jati diri Afrika sehingga mengangkat mereka ini sebagai pahlawan.
Black brothers, warriors whose mouths are singing flowers... O delight to live after Winter... I greet you as the messengers of peace”
(Senghor 1964:77)
Analisis puisi To The American Negro Soldier Menggunakan Teori Negritude
Menentang Penjajahan
Puisi ini memaparkan bahawa masyarakat Afrika amat menentang penjajahan kerana penjajahan akan mengakibatkan berlakunya kemusnahan dan pertumpahan darah. Apabila berlakunya penjajahan, masyarakat Afrika seperti diperhambakan untuk memenuhi segala kehendak penjajah dan puisi ini memberi gambaran bahawa hadirnya wira yang datang untuk menuntut keamanan. Suasana keresahan timbul pada awal baris-baris puisi kerana masyarakat Afrika berfikir bahawa tentera yang datang itu adalah orang yang akan menjajah mereka. Namun setelah mendapati bahawa tentera itu terdiri daripada bangsa Afrika, maka keresahan bertukar menjadi kegembiraan.
“No longer the nobility of elephants but then barbaric clumsiness of monsters from the foretime of of the world
Under you closed faces I did not recognise you
I only touched the warmth of your brown hand. I said My name, 'Africa!
And found again lost laughter, I greeted the ancient voice and the roar of the cascades of the Congo”
(Senghor 1964: 76)
Hal ini kerana Senghor sengaja ingin mengangkat tentera Afrika sebagai pahlawan yang memberi keamanaan kepada masyarakat Afrika dan menunjukkan semangat jadi diri bangsa Afrika. Puisi ini juga menekankan pemulihan bangsa Afrika yang telah banyak menanggung kesedihan akibat penjajahan yang berlaku pada Perang Dunia Kedua. Perkara ini jelas diperlihatkan dalam baris-baris berikut:
“For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”

(Senghor 1964: 76)
            Oleh itu, penentangan terhadap penjajahan ini amat jelas dipamirkan dalam puisi ini dan bertepatan dengan ciri-ciri Negritute yang menjadikan sastera sebagai medium untuk membela nasib bangsa Afrika.


Memuji Bangsa Berkulit Hitam
Dalam teori negritude kehitaman adalah satu lambang yang amat penting dalam menunjukkan bangsa Afrika. negritude juga berperanan untuk menunjukkan bahawa bangsa berkulit hitam Afrika mampu memberi sumbangan kepada tamadun sejagat, setaraf dengan bangsa yang lain. Menerusi puisi To The American Negro Soldier, Senghor memperlihatkan bait-bait ayat yang mana memuji bangsa Afrika dalam kedamaian yang diperoleh selepas kehadiran tentera Amerika Afrika. Perkara ini jelas ditunjukkan dalam baris berikut:
“No, you are the messengers of his mercy, breath of Spring after Winter
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
(Senghor 1964: 76)

Dalam baris ayat di atas, senghor seolah-olah memberi pujian kepada bangsa Afrika dengan memanggil tentera Amerika Afrika sebagai utusan rahmat yang membawa kepada pendamaian dan keamanan. Perkara ini juga ada dikatakan oleh Senghor dalam buku The Concept of Negritude in The Poetry of Leopold Sedar Senghor bahawa tentera ini sebagai seorang perlindung masyarakat Afrika. Sebagaimana yang terdapat dalam petikan yang berikut:
“…his ancestral force as “Guardian of the Blood,” “Guardian genies,”
“and “Shades of my Fathers.”
(Sylvia Washington Ba 1973: 56)
            Selain itu, puisi ini juga mengangkat tentera Amerika Afrika ini sebagai pahlawan yang membawa keamanan. Hal ini kerana untuk menunjukkan bahawa bangsa Afrika mampu untuk berjuang dalam mempertahankan bangsanya dan bukan daripada bangsa lain terutama penjajah. Oleh itu, pujian yang diberikan kepada bangsa berkulit hitam ini adalah untuk membuktikan bahawa bangsa Afrika ini adalah bangsa yang hebat sehingga memberi jasa yang besar dalam Perang Dunia Kedua. Jadi wajarlah bangsa berkulit hitam ini dipuji dan diangkat sebagai pahlawan untuk menujukkan jasa dan baktinya kepada masyarakat dan negara.
“Black brothers, warriors whose mouths are singing flowers... O delight to live             after Winter... I greet you as the messengers of peace”
(Senghor 1964: 77)
Harapan Yang Positif Terhadap Hari Esok
Teori negritude juga memberi penekan kepada pemikiran masyarakat Afrika yang sentiasa mempunyai harapan yang positif tentang hari yang mendatang untuk mewujudkan semangat untuk terus menjalani kehidupan. Hal ini kerana menerusi karya sastera yang dihasilkan banyak unsur pengharapan diserapkan bagi menimbulkan semangat dan kekuatan dalam diri masyarakat Afrika. Dalam puisi To The American Negro Soldier unsur harapan amat ketara diperlihatkan. Seperti yang terdapat dalam baris berikut:
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting
And their night fills with a sweetness of milk, the blue fields of the sky covered with flowers, softly the silence sings.
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings”
(Senghor 1964: 76-77)
Baris-baris puisi ini menjelaskan tentang penantian yang amat diharapkan akhirnya termakbul dan berasa bersyukur dengan hasil daripada penantian ini. Perkara ini jelas memperlihatkan semangat dan kesungguhan yang dimiliki oleh masyarakat Afrika yang tidak pernah berhenti berharap serta berfikiran positif. Dengan pemikiran ini juga, ia dapat menepis pandangan masyarakat berkulit putih bahawa bangsa kulit hitam ini bukanlah bangsa yang lemah dan mudah mengalah, namun mempunyai cita-cita serta impian yang

Menyatakan Rasa Kehilangan
Dalam teori negritude juga tidak terlepas daripada perasaan untuk menyatakan rasa kehilangan atas kekejaman penjajah ke atas diri mereka. Kehadiran penjajah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Afrika kerana banyak nyawa yang terkorban. Di samping itu, ada juga di kalangan bangsa Afrika ini dibawa ke benua Amerika untuk dijadikan buruh murahan dan hamba abdi. Oleh itu, penyataan rasa kehilangan itu disampaikan melalui baris didalam puisi tersebut; “Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood.” Maksud baris dalam puisi tersebut jelas menggambarkan mereka sering menangisi dan dihujani oleh darah bangsa mereka sendiri akibat pembunuhan yang dilakukan oleh penjajah. Banyak nyawa yang tergadai akibat kesan penjajahan tersebut dan sekaligus menyatakan rasa kehilangan daripada pihak mereka.   
Mengekalkan Tradisi dalam Karya
Karya-karya yang mengambil konsep negritude sebagai asas pembinaan naratif kebanyakkannya mengekalkan tradisi dan budaya dalam penyampaiannya. Sebagai contoh, karya-karya ini acap kali memberi perumpaan atau simbol sesuatu berdasarkan sumber semulajadi seperti flaura dan fauna. Perkara ini jelas diperkatakan oleh Senghor dalam petikan berikut:
“Similary, animals and plants form classes of being, inferior forces endowed with certain tradisional characteristic qualities: the elephant is force; spider, prudence; the crocodile, guardian of the springs. This ordering of the universe is an expression of the agrarian nature of primitive black African culture.”
(Sylia Washington , 1973: 61)
                Dalam puisi ini, terdapat pengekalan unsur tradisi yang menggunakan flora dan fauna sebagai simbol dalam menyampaikan sesuatu makna. Penggunaan perumpamaan berdasarkan alam semula jadi ini mengingatkan kembali tentang suasana budaya masyarakat Afrika kuno yang mengamalkan pertanian. Perumpamaan ini jelas dilihat dalam baris berikut:
“I did not recognize the quavering whinny of your iron horses that drink but do not eat
No longer the nobility of elephants but then barbaric clumsiness of monsters from the foretime of the world”
(Senghor 1964: 76)
Karakter ini segaja digunakan bagi menghidupkan kembali suasana masyarakat Afrika dahulu yang mempunyai budaya dan leluhur yang mempunyai peradaban sendiri. Walaupun bait ayat di atas memberi tafsiran kepada perkara-perkara yang moden, namun kiasan masih berasaskan alam semula jadi, contohnya iron horses merujuk kepada kereta kebal.
            Selain itu, unsur-unsur alam yang lain turut digambarkan bagi mempamirkan suasana tradisi dahulu yang penuh dengan kedamaian. Sebagaimana yang dinyatakan dalam baris puisi yang berikut:
”And their night fills with a sweetness of milk, the blue fields of the sky covered with flowers, softly the silence sings.
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins"
(Senghor 1964: 77)
Merujuk baris puisi di atas, perumpaan tersebut adalah seperti flower, sun, crystalline, rose petals, fruits ripen dan sebagainya. Perumaan ini sengaja ditonjolkan supaya dapat mengekalkan tradisi penggunaan alam semulajadi yang digunakan oleh masyarakat Afrika pada dahulu kala. Jadi, pengekalan tradisi ini tidak akan melupuskan budaya masyarakat Afrika kini yang berhadapan dengan asimilasi budaya yang dilakukan oleh bangsa berkulit putih.

Analisis puisi To The American Negro Soldier Menggunakan Teori Dekolonialisasi.
            Seterusnya, pendekatan dekolonialisasi pula diaplikasikan dalam karya Senghor dengan melihat unsur menyahkan penjajahan sesuatu bangsa oleh bangsa yang lain. Perang Dunia kedua telah membangkitkan semangat bangsa di negara jajahan untuk membebaskan tanah air mereka daripada belenggu penjajah. Dalam puisi To The American Negro Soldier sememangnya jelas ditampilkan mesej-mesej pembebasan tanah air daripada penjajahan Nazi Jerman oleh anak watan yang berkhidmat sebagai tentera Afrika Amerika. Tentera Afrika Amerika ini mengangkat senjata dan berjuang melalui peperangan dalam usaha mereka menggantikan pemerintahan diktator penjajah sedia ada dengan pemerintahan yang lebih baik. Hal ini dapat diteliti dalam bait-bait puisi ini iaitu:
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of peace, hope at the end of waiting
(Senghor 1964: 76)
Kedatangan tentera Afrika Amerika telah berjaya menggantikan pemerintahan diktator Jerman yang kalah berperang dengan pemerintahan Afrika Amerika yang lebih baik dan memberikan kedamaian kepada bangsa Afrika itu sendiri. Di sini, kita dapat lihat berlakunya dekolonisasi di negara Afrika yang dilakukan oleh tentera Afrika Amerika, walaupun hakikat sebenar mereka ini digunakan untuk menegakkan politik Amerika.
Analisis puisi To The American Negro Soldier Menggunakan Teori Orientalisme        
            Orientalisme juga merupakan falsafah atau pendekatan yang sesuai digunakan untuk menganalisis puisi To The American Negro Soldier. Dalam puisi ini jelas ditampilkan tentang cara Amerika memupuk ideologi dan pemahaman mereka ke atas bangsa dijajah iaitu bangsa Afrika yakni tentera Afrika Amerika. Tentera Afrika Amerika telah digunakan untuk menegakkan ideologi kapitalism yang didukung oleh Amerika di negara asal mereka. Walaupun, tentera Afrika Amerika itu berjuang atas dasar membebaskan negara asal mereka daripada penjajahan Nazi Jerman tetapi mereka tetap ditindas dan dinafikan hak mereka sebagai bangsa Afrika yang bebas kerana wujudnya penjajahan oleh Amerika itu sendiri. Walhal, Amerika berbuat sedemikian hanyalah untuk mengukuhkan lagi kuasa kapitalism yang unggul di Afrika dan menolak segala kuasa mahupun ideologi yang mengugatkan kedudukan Amerika.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, puisi To The American Negro Soldier oleh Senghor memberi impak yang mendalam terhadap pembacanya, terutamanya bangsa Afrika itu sendiri. Puisi ini merupakan salah satu usaha Senghor dalam mengangkat bangsa Afrika melalui penerapan unsur dan pendekatan negritude dan dekolonialisasi. Beliau juga cuba menyedarkan bangsa Afrika tentang pemikiran orientalism yang dibawa oleh bangsa penjajah menerusi penulisan puisinya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kebanyakkan puisi Senghor yang dihasilkan, banyak menitikberatkan isu-isu pembinaan bangsa Afrika, kebudayaan, kemerdekaan dan kesusasteraan berpandukan acuan bangsa Afrika sendiri.  Oleh itu jelaslah bahawa penulisan puisi Senghor ditulis bertujuan untuk membina satu dimensi baharu dalam kesusasteraan Afrika.     





RUJUKAN
Cosmo Pieterse & Donald Munro (1971). Protest and Conflict in African Literature.           Heinemann: London.
Edward W ( 1978). Orientalism. Routledge & Kegan Paul: London.
Frant Fanon (1961). The Wretched Of The Earth. Grove Press: New York.
Laurence Urdang (1977). The House Dictionary of the English Language. Allied    Publishers        Private Ltd: London.
Leopold Sedar Senghor (1964). Selected Poem. Oxford Univercity Press: Callifornia.
Talib Samat (1993). Di Sekitar Dunia Sastera Dan Permasalahannya. Dewan Bahasa dan             Pustaka: Kuala Lumpur.
M.G. Cooke & Englewood Cliffs (1971). Modern Black Novelist. Prentice Hall      Inc.:     New Jersey.    
Sohaimi Abdul Aziz (2014). Teori dan Kritikan Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala          Lumpur.
Sylvia Washington Ba (1973). The Concept of Negritude in the Poetry of Leopold Sedar    Senghor. Princeton University Press: New Jersey.