Pemikiran Senghor dalam Puisi To The American Negro Soldier berdasarkan teori negritude, dekolonialisme, dan orientalisme.
oleh
Muhaimen Bin Mazelan
Muhamad Firdaus Bin Mohd Yunus
Shamiz Zul Haiqal Bin Azman
PENDAHULUAN
Sungguhpun Afrika merupakan sebuah negara yang kurang
membangun dan mundur tetapi kesusasteraannya berkembang begitu pesat sekali. Perkembangan
kesusasteraan Afrika sebenarnya telah dicorak dan dibentuk dengan pelbagai
falsafah yang mengangkat bangsa kulit hitam. Isu-isu yang diketengahkan dalam
kesusasteraan Afrika adalah berkaitan dengan hak orang berkulit hitam, adat
resam, warisan, perhambaan, penindasan dan pelbagai lagi. Sebenarnya, kepesatan
perkembangan sastera di Afrika telah dipengaruhi dengan semangat perjuangan
menentang penjajahan Barat di Afrika. Penjajahan Barat di Afrika telah
mendatangkan kesengsaraan kepada bangsa kulit hitam itu sendiri. Hal ini
dikatakan sedemikian kerana dasar-dasar yang diamalkan penjajah adalah lebih
memihak kepada pihak penjajah itu sendiri. Misalnya, dasar aparteid. Dasar
aparteid ini memberi kelebihan dari segi hak politik, ekonomi dan sosial kepada
orang berkulit putih berbanding orang berkulit hitam. Dalam erti kata lain,
dasar ini meletakkan bangsa berkulit putih yakni penjajah di hierarki tertinggi
dan bangsa berkulit hitam iaitu bangsa dijajah berada di hierarki terendah, dan
keadaan ini telah membolehkan bangsa berkulit putih mendominasikan bangsa
berkulit hitam untuk kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, pada era
penjajahan di Afrika telah melahirkan tokoh-tokoh sastera bangsa berkulit hitam
yang bergiat aktif dalam memperjuangkan hak mereka untuk mencapai kebebasan
dalam semua sudut sama ada kuasa pemerintahan, kebudayaan mahupun hak mereka
sebagai bangsa asal di Afrika. Tokoh-tokoh sastera bangsa berkulit hitam
dipelopori oleh golongan yang berpendidikan Barat. Antaranya ialah Chinua
Ahcibe, Kwesi Brew, Leapord Sedar Senghor dan pelbagai lagi. Tokoh tersebut telah
menghasilkan pelbagai penulisan sastera yang terdiri daripada cerpen, novel,
dan sajak. Intipati yang diketengahkan dalam penulisan tersebut adalah untuk
mengangkat bangsa Afrika supaya mempunyai hak setaraf dengan bangsa-bangsa lain.
Teori Negritude dan Dekolonialisasi
serta Orientalisme akan digunakan dalam penulisan ini untuk meneliti dan
mengkaji karya sastera Afrika iaitu To
the American Negro Soldier.
LATAR BELAKANG
PENGARANG
Leopold Sedar Senghor merupakan salah seorang pelopor
gerakan negritude dan juga pejuang
yang berusaha membawa sastera Afrika ke arah dimensi baharu, iaitu
mengetengahkan dan mengagungkan budaya Afrika yang bertamadun tinggi. Senghor
sedar bahawa tempoh panjang penjajahan Barat di Afrika telah menghakis nilai
kebudayaan Afrika dan ini mendorong beliau untuk bergiat secara aktif
memperjuangkan sastera Afrika berteraskan acuan mereka sendiri.
Leopold Sedar Senghor dilahirkan pada 9 oktober 1926
di Senegal dan meninggal dunia pada 20 disember 2001. Senghor dilahirkan di
sebuah perkampungan yang terletak di Joal yakni majority penduduknya ialah
beragama Islam. Bapanya seorang katolik dan juga peniaga kacang tanah yang berjaya
di Senegal. Kehidupan Senghor berlatarkan peniagaan dan beragama katolik telah
mempengaruhi corak perjalanan hidup dan karya-karya yang diciptakannya.
Leopold Sedar Senghor mendapat pendidikan awal di
Senegal dan seterusnya melanjutkan pelajarannya ke Paris, Perancis. Pada masa
inilah, Senghor mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan penyair Afrika
yang lain. Antaranya Aime Cesaire dan Leon Damas. Hasil daripada perkenalan
ini, mereka telah membentuk sebuah kumpulan “Black Student” dan berjinak-jinak melibatkan diri dalam dunia
politik dan juga pergerakkan kebudayaan. Motif utama keterlibatan kumpulan
tersebut dengan dunia politik dan kebudayaan adalah sebagai usaha untuk
memperjuangkan kemerdekaan negeri daripada belenggu penjajahan Barat,
terutamanya Perancis.
Setelah tamat pengajiannya di Perancis, Senghor
kembali ke tanah airnya dan bergiat cergas dalam dunia politik yang masih
berada di bawah penjajahan Perancis. Beliau semakin aktif dalam meneruskan
perjuangannya di Senegal yakni sebuah perjuangan yang beliau telah mulakan
semasa melanjutkan pengajiannya di Perancis (Talib Samat 1993: 294). Di samping
itu, Senghor pernah juga menjadi guru di institusi pendidikan di negaranya.
Apabila
Senegal mencapai kemerdekaan, Senghor telah menjadi Timbalan Hal Ehwal Senegal
dalam Dewan Kebangsaan Perancis sebelum dilantik menjadi menteri di dalam
kabinet kerajaan kolonial Perancis. Kemuncaknya kariernya dalam bidang politik terbukti
apabila Senghor dilantik menjadi presiden pertama pada tahun 1960 dan bersara
pada tahun 1981.
Keterlibatan Senghor secara aktif sebagai seorang pejuang
pergerakkan kebudayaan, sastera dan politik di negaranya telah mendorong
dirinya menjadi pemimpin dan juga penyair Afrika yang terpenting dalam
mengangkat karya-karyanya dalam Bahasa Perancis yang dikenali dunia. Karya-karya
yang dihasilkannya begitu bermutu dan setaraf dengan hasil kesusasteraan Barat.
Sumbangannya dalam dunia puisi ialah menerbitkan beberapa buah antologi puisi
persendirian. Antara karyanya ialah Chant
d’ombres, Songs of the Shade, Black
Victories, Noturnes dan lain-lain.
TEORI DAN PENDEKATAN KAJIAN
Kajian terhadap puisi “To The American Negro Soldier” oleh
Leopold Sedar Senghor yang dipilih akan dianalisis dengan menggunakan teori
bacaan yang sering disebut pendekatan atau falsafah negritude, Dekolonial dan juga Orietalisme. Ketiga-tiga pendekatan
ini amat bersesuaian digunakan untuk mengkaji dan membuat analisis terhadap
puisi Senghor bercorak menentang penjajahan serta bersifat patriotik.
PENDEKATAN
NEGRITUDE
Pendekatan pertama yang
diaplikasikan semasa menganalisis puisi ini ialah Teori “negritude”.
Teori ini dipelopori dan diperjuangkan oleh Leopold Sedar Senghor dalam
usahanya membebaskan Afrika daripada belenggu penjajahan Barat. Perjuangan Senghor berteraskan intipati Negritude dapat dirasai kesan mendalam
melalui puisi-puisi ciptaannya. Perjuangannya dalam memperjuangkan negritude tidaklah keseorangan tetapi
dibantu oleh dua orang tokoh lain iaitu Leon Damas dan Aime Ceasire. Teori negritude mula berknmbang sekitar tahun
1920-an sehingga 1930-an (Sohaimi Abdul Aziz, 2014:172). Pergerakan negritude mempunyai kaitan dengan
kesedaran dalam kalangan pengarang hitam yang dikenali sebagai black consciousness untuk menghasilkan black writing. Kesedaran ini membuatkan
mereka bangkit setelah sekian lama dijajah dalam diskriminasi, eksploitasi, dan
rasisme. Abiola Irele dalam tulisannya menjelaskan teori negritude yang diperjuangkan oleh Leopold Sedar Senghor seperti
katanya:
"Senghor has defined negritude as "the sum total of African
cultural values," something perhaps more than the simple relation of the
African's personality to his social and cultural background. For although
Senghor never speaks of an "essence", he speaks of a "Negro soul",
of a special spiritual endowment of the African, which is, in some respect,
shared by the Negro in the New World, and is therefore a racial mark."
(Cooke, 1971:18)
Leopold
Sedar Senghor mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri mengapa beliau
memperjuangkan pendekatan tersebut dalam puisi-puisi bersama tokoh-tokoh
penyair Francophone yang lain seperti yang dijelaskan oleh Abiola Irele:
"Senghor negritude, for example, is an anti-intellectualism
mediated by the intellect, and the whole movement is expressed through a
western mould which absorbs African realities. In short, negritude is a break
with tradition: although African in content, it is western in its formal
expression."
(Ibid.,22)
Dalam puisi-puisinya, Senghor berusaha
menerapkan pendekatan ini dan permasalahan masyarakat Afrika yang mundur dan
sedang dijajah yang memerlukan penglibatan golongan intelektual untuk
membangunkan mentaliti dan pemikiran bangsa mereka supaya dapat hidup bebas dan
merdeka seperti bangsa yang bertamadun (Talib Samat, 1993:295).
Secara
tepatnya, pendekatan negritude lebih
menekankan kepada pengekalan tradisi lama dalam masa menempuh arus kemasukan
budaya moden akibat kedatangan penjajah barat. Selain itu, mereka juga percaya
bahawa ciri-ciri tradisional masih boleh dikekalkan terus menerus dalam
masyarakat Afrika sebelum atau selepas merdeka (Ibid.,296). Laurence Urdang
mendefinisikan konsep negritude
sebagai:
"...the historical, cultural and social back
ground considered common the Negroes collectivel."
(Laurence Urdang, 1977:891)
Pendekatan
negritude yang diperjuangkan oleh
Senghor dan angkatannya sebenarnya mempunyai matlamat dan tujuan asas iaitu
memuji kehitaman, mencari dan mengecam kesalahan golongan borjuis di negara
masing-masing, merancang dan mencetuskan satu revolusi sosial (Gerald Moore, 1971:36),
melancarkan revolusi pemikiran terhadap golongan kulit putih, membanggakan dan
mengetengahkan seni orang kulit hitam yang dianggap primitif agar diberi
perhatian oleh masyarakat Afrika sendiri dan masyarakat antarabangsa.
Antara
puisi-puisi Leopold Sedar Senghor yang dihalusi dengan pendekatan negritude ialah Paris in The Snow, In Memoriam, Luxembourg
1939, Totem, All Day Long dan
sebagainya. Secara terperinci, isi-isi puisi yang diciptakan oleh Leopold Sedar
Senghor dan rakan-rakannya yang lain adalah untuk mengaslikan kembali
kebudayaan Afrika tradisional dalam masyarakat mereka yang sedang menuju ke
arah pemodenan dalam semua aspek kehidupan akibat kedatangan penjajah. Mereka
ingin menyatakan rasa kehilangan, marah dan bertindak balas terhadap kekejaman
penjajah yang mengacau dan memporak-perandakan pelbagai aspek hidup bangsa
Afrika. Mereka juga ingin menyarankan rasa kegemilangan dan ketinggian tamadun
tradisional mereka dan rasa harapan yang positif terhadap hari esok dan masa
hadapan yang cerah.
PENDEKATAN DEKOLONIALISASI
Teori
kedua yang digunakan sebagai pendekatan untuk menganalisis puisi To The American Negro Soldier ialah dekolonialisasi.
Dekolonialisasi merupakan gerakan yang dibentuk untuk tujuan menyahkan
penjajahan. Usaha melalui dekolonialisasi ini dilakukan oleh bangsa dijajah
melalui pergerakkan tertentu untuk membebaskan diri mereka daripada terus
terjajah. Dalam erti kata lain, bangsa dijajah berjuang untuk mempunyai
kebebasan berpolitik dan memerintah negara sendiri tanpa pengaruh bangsa
penjajah. Berikut adalah definisi berkaitan dekolonialisasi:
“decolonization is quite simply the substitution of one
"species" of mankind by another. The substitution is unconditional,
absolute, total, and seamless.”
(Fanon
1961: 1)
Fanon dalam penulisannya menyatakan dekolonialisasi
adalah satu proses menggantikan sesuatu spesies
yakni bangsa manusia dengan bangsa manusia lain. Dalam kata yang lain,
dekolonialisasi ialah penggantian sesuatu bangsa dengan bangsa lain yang
dilakukan tanpa sebarang syarat, mutlak, dan berjalan lancar. Lazimnya,
dekolonialisasi akan digerakkan melalui perjuangan pembebasan dilakukan oleh
bangsa tertentu sama ada melibatkan keganasan mahupun diplomasi (Fanon 1961:1).
Gerakkan pembebasan ini selalunya dipelopori suatu kelompok atau kumpulan yang
dijajah untuk menyahkan penjajahan yang berlaku di tanah air mereka. Sekiranya,
pihak yang dijajah menang, mereka mempunyai kelebihan untuk menggantikan pihak
penjajah yang kalah untuk memerintah tanpa dikenakan dengan sebarang syarat.
Dengan maksud yang lebih luas, pendekatan dekolonialisasi
berfungsi sebagai teori yang melihat usaha-usaha pembebasan tanah air dengan
menyahkan penjajahan dengan melibatkan pertumpahan darah mahupun diplomasi. Dalam kata lain, dekolonialisasi merupakan
pendekatan yang digunakan untuk menyelami kandungan sesebuah teks dengan
mempertimbangkan setiap usaha yang cuba menyahkan penjajahan di tanah air.
Pendekatan
ini amat bersesuaian untuk diaplikasikan dalam puisi Senghor, To The
American Negro Soldier. Hal ini dikatakan sedemikian kerana intipati dalam
puisi tersebut membicarakan tentang pembebasan tanah air yang dilakukan oleh
bangsa berkulit hitam yakni bangsa Afrika yang dijajah.
PENDEKATAN ORIENTALISME
Teori
ketiga yang digunakan untuk mengkaji dan menganalisis puisi To The American
Negro Soldier ialah orietanlisme. Orientalisme dapat dirujuk sebagai
kumpulan idea, teori, kepercayaan yang difigurakan oleh Barat terhadap budaya
dan nilai Timur (Edward 1978: 204). Dalam erti kata lain, orietanlisme
merupakan suatu pemikiran dan juga pendekatan yang melihat segala usaha
penjajah untuk menerapkan pemahaman atau ideologi mereka kepada bangsa yang
dijajah. Pemahaman atau ideologi mereka meletakkan diri mereka sebagai bangsa
yang unggul dan agung (Sohaimi Abdul Aziz 2014: 166). Pemahaman atau ideologi yang
cuba diketengahkan oleh penjajah ini sebenarnya bersifat politik, rasis, dan
juga penjajahan terhadap bangsa dijajah. Dalam puisi To The American Negro
Soldier terdapat unsur-unsur orientalisme dan amatlah bersesuaian sekiranya
teori ini diaplikasikan untuk menganalisis puisi ini.
ANALISIS KETIGA-TIGA TEORI TERHADAP PUISI TO THE AMERICAN NEGRO SOLDIER.
Puisi ini
mengisahkan tentang masyarakat Afrika yang berasa tersentuh dengan kehadiran
tentera Amerika Afrika yang terdiri daripada bangsa mereka sendiri. Hal ini
berikutan dengan ugutan yang telah dilakukan oleh tentera Nazi Jerman yang
ingin menguasai Eropah, Afrika Utara dan Timur Dekat. Sehubungan dengan ini,
Amerika Syarikat secara rasminya telah membuat dasar pengasingan dalam aktiviti
ketenteraan iaitu mengasingkan tentera berkulit hitam dengan tentera berkulit
putih. Jadi, tentera Afrika lebih banyak digunakan dan diperalatkan bagi
memenangi peperangan dunia kedua.
Merujuk
puisi ini, jasa dan pengorbanan bangsa Afrika ini diselindungkan di sebalik nama
Amerika Syarikat yang menjadi pusat utama ketenteraan. Hal ini jelas dalam
baris pertama puisi yang mengatakan; “I
did not recognise you in your prison of sad-coloured uniforms”. Baris-baris
awal puisi ini juga menekankan tentang fizikal tentera Afrika Amerika yang
dilengkapi pakaian ketenteraan Amerika Syarikat dengan dilengkapi oleh mesin
kenderaan perperangan seperti dalam baris ini; “I did not recognise the quavering whinny of your iron horses that drink
but do not eat.” Perkara ini seolah-olah memperihatkan diri mereka adalah
orang Amerika, bangsa berkulit putih, namun setelah menyedari bahawa tentera
ini berkulit hitam, maka lahirlah kegembiraan di hati masyarakat Afrika.
Bagi
bangsa Afrika, kedatangan tentera Amerika Afrika ini seperti rahmat yang
dikurniakan Tuhan. Hal ini kerana, perjuangan tentera ini seperti memperjuang
dan melindungi bangsa Afrika itu sendiri dari belenggu peperangan serta membawa
kepada pendamaian.
“No,
you are the messengers of his mercy, breath of Spring after Winter
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
“Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
“Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
(Senghor
1964: 76)
Kemenangan
tentera Amerika Afrika ini dalam peperangan memberi gambaran bahawa, munculnya
sinaran keamanan yang memberi kebebasan kepada masyarakat Afrika untuk
menjalani kehidupan seperti yang diimpikan. Selain itu puisi ini turut
memaparkan suasana gembira dan tingkah laku masyarakat Afrika yang mula
memperoleh hidup baru dengan kehadiran tentera berbangsa Afrika ini. Suasana
ini jelas dipamirkan dalam baris-baris puisi ini:
“Aerial
cities are warm with nests
Down streets running with joy, boys play with their dreams
Men dance before their machines, and catch themselves singing
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins
The hips of the women... o sweetness... grow full and heavy”
Down streets running with joy, boys play with their dreams
Men dance before their machines, and catch themselves singing
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins
The hips of the women... o sweetness... grow full and heavy”
(Senghor
1964:77)
Oleh
itu, puisi ini jelas bertujuan untuk mengangkat golongan Afrika sebagai wira
yang hadir untuk memberi keamanan kepada bangsa Afrika dan bukan daripada
golongan berkulit putih. Walaupun tentera ini berpusat kepada Amerika Syarikat,
namun perjuangannya dianggap sebagai perjuangan yang menuntut kepada kebebasan
bangsa Afrika kerana tentera ini terdiri daripada golongan yang berbangsa
Afrika. Jadi, semangat dan pengorbanan tentera Amerika Afrika ini menjadi
lambang kepada jati diri Afrika sehingga mengangkat mereka ini sebagai
pahlawan.
“Black brothers, warriors whose mouths are
singing flowers... O delight to live after Winter... I greet you as the
messengers of peace”
(Senghor
1964:77)
Analisis
puisi To The American Negro Soldier
Menggunakan Teori Negritude
Menentang
Penjajahan
Puisi ini memaparkan bahawa masyarakat Afrika
amat menentang penjajahan kerana penjajahan akan mengakibatkan berlakunya
kemusnahan dan pertumpahan darah. Apabila berlakunya penjajahan, masyarakat
Afrika seperti diperhambakan untuk memenuhi segala kehendak penjajah dan puisi
ini memberi gambaran bahawa hadirnya wira yang datang untuk menuntut keamanan.
Suasana keresahan timbul pada awal baris-baris puisi kerana masyarakat Afrika
berfikir bahawa tentera yang datang itu adalah orang yang akan menjajah mereka.
Namun setelah mendapati bahawa tentera itu terdiri daripada bangsa Afrika, maka
keresahan bertukar menjadi kegembiraan.
“No
longer the nobility of elephants but then barbaric clumsiness of monsters from
the foretime of of the world
Under you closed faces I did not recognise you
I only touched the warmth of your brown hand. I said My name, 'Africa!
And found again lost laughter, I greeted the ancient voice and the roar of the cascades of the Congo”
Under you closed faces I did not recognise you
I only touched the warmth of your brown hand. I said My name, 'Africa!
And found again lost laughter, I greeted the ancient voice and the roar of the cascades of the Congo”
(Senghor
1964: 76)
Hal ini kerana Senghor sengaja ingin mengangkat
tentera Afrika sebagai pahlawan yang memberi keamanaan kepada masyarakat Afrika
dan menunjukkan semangat jadi diri bangsa Afrika. Puisi ini juga menekankan
pemulihan bangsa Afrika yang telah banyak menanggung kesedihan akibat
penjajahan yang berlaku pada Perang Dunia Kedua. Perkara ini jelas
diperlihatkan dalam baris-baris berikut:
“For
those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
(Senghor 1964: 76)
Oleh itu, penentangan terhadap penjajahan ini
amat jelas dipamirkan dalam puisi ini dan bertepatan dengan ciri-ciri Negritute yang menjadikan sastera
sebagai medium untuk membela nasib bangsa Afrika.
Memuji
Bangsa Berkulit Hitam
Dalam teori negritude kehitaman adalah satu lambang yang amat penting dalam
menunjukkan bangsa Afrika. negritude
juga berperanan untuk menunjukkan bahawa bangsa berkulit hitam Afrika mampu
memberi sumbangan kepada tamadun sejagat, setaraf dengan bangsa yang lain.
Menerusi puisi To The American Negro
Soldier, Senghor memperlihatkan bait-bait ayat yang mana memuji bangsa
Afrika dalam kedamaian yang diperoleh selepas kehadiran tentera Amerika Afrika.
Perkara ini jelas ditunjukkan dalam baris berikut:
“No,
you are the messengers of his mercy, breath of Spring after Winter
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
For those who had forgotten laughter (using only an oblique smile)
Who had forgotten the salt taste of tears and the irritant smell of blood
You bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting”
(Senghor
1964: 76)
Dalam baris ayat di atas, senghor seolah-olah
memberi pujian kepada bangsa Afrika dengan memanggil tentera Amerika Afrika
sebagai utusan rahmat yang membawa kepada pendamaian dan keamanan. Perkara ini
juga ada dikatakan oleh Senghor dalam buku The
Concept of Negritude in The Poetry of Leopold Sedar Senghor bahawa tentera
ini sebagai seorang perlindung masyarakat Afrika. Sebagaimana yang terdapat
dalam petikan yang berikut:
“…his
ancestral force as “Guardian of the Blood,” “Guardian genies,”
“and “Shades of my Fathers.”
“and “Shades of my Fathers.”
(Sylvia
Washington Ba 1973: 56)
Selain
itu, puisi ini juga mengangkat tentera Amerika Afrika ini sebagai pahlawan yang
membawa keamanan. Hal ini kerana untuk menunjukkan bahawa bangsa Afrika mampu
untuk berjuang dalam mempertahankan bangsanya dan bukan daripada bangsa lain
terutama penjajah. Oleh itu, pujian yang diberikan kepada bangsa berkulit hitam
ini adalah untuk membuktikan bahawa bangsa Afrika ini adalah bangsa yang hebat
sehingga memberi jasa yang besar dalam Perang Dunia Kedua. Jadi wajarlah bangsa
berkulit hitam ini dipuji dan diangkat sebagai pahlawan untuk menujukkan jasa
dan baktinya kepada masyarakat dan negara.
“Black
brothers, warriors whose mouths are singing flowers... O delight to live after Winter... I greet you as the messengers
of peace”
(Senghor 1964: 77)
Harapan Yang Positif
Terhadap Hari Esok
Teori negritude
juga memberi penekan kepada pemikiran masyarakat Afrika yang sentiasa
mempunyai harapan yang positif tentang hari yang mendatang untuk mewujudkan
semangat untuk terus menjalani kehidupan. Hal ini kerana menerusi karya sastera
yang dihasilkan banyak unsur pengharapan diserapkan bagi menimbulkan semangat
dan kekuatan dalam diri masyarakat Afrika. Dalam puisi To The American Negro Soldier unsur harapan amat ketara
diperlihatkan. Seperti yang terdapat dalam baris berikut:
“You
bring the springtime of Peace, hope at the end of waiting
And their night fills with a sweetness of milk, the blue fields of the sky covered with flowers, softly the silence sings.
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings”
And their night fills with a sweetness of milk, the blue fields of the sky covered with flowers, softly the silence sings.
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings”
(Senghor
1964: 76-77)
Baris-baris puisi ini menjelaskan tentang
penantian yang amat diharapkan akhirnya termakbul dan berasa bersyukur dengan
hasil daripada penantian ini. Perkara ini jelas memperlihatkan semangat dan
kesungguhan yang dimiliki oleh masyarakat Afrika yang tidak pernah berhenti
berharap serta berfikiran positif. Dengan pemikiran ini juga, ia dapat menepis
pandangan masyarakat berkulit putih bahawa bangsa kulit hitam ini bukanlah
bangsa yang lemah dan mudah mengalah, namun mempunyai cita-cita serta impian
yang
Menyatakan Rasa Kehilangan
Dalam teori negritude juga tidak terlepas daripada perasaan untuk menyatakan
rasa kehilangan atas kekejaman penjajah ke atas diri mereka. Kehadiran penjajah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masyarakat Afrika kerana banyak nyawa
yang terkorban. Di samping itu, ada juga di kalangan bangsa Afrika ini dibawa
ke benua Amerika untuk dijadikan buruh murahan dan hamba abdi. Oleh itu,
penyataan rasa kehilangan itu disampaikan melalui baris didalam puisi tersebut;
“Who had forgotten the salt taste of
tears and the irritant smell of blood.” Maksud baris dalam puisi tersebut
jelas menggambarkan mereka sering menangisi dan dihujani oleh darah bangsa
mereka sendiri akibat pembunuhan yang dilakukan oleh penjajah. Banyak nyawa
yang tergadai akibat kesan penjajahan tersebut dan sekaligus menyatakan rasa
kehilangan daripada pihak mereka.
Mengekalkan Tradisi dalam Karya
Karya-karya yang mengambil konsep negritude sebagai asas pembinaan naratif
kebanyakkannya mengekalkan tradisi dan budaya dalam penyampaiannya. Sebagai
contoh, karya-karya ini acap kali memberi perumpaan atau simbol sesuatu
berdasarkan sumber semulajadi seperti flaura dan fauna. Perkara ini jelas
diperkatakan oleh Senghor dalam petikan berikut:
“Similary, animals and plants form classes of being, inferior forces
endowed with certain tradisional characteristic qualities: the elephant is
force; spider, prudence; the crocodile, guardian of the springs. This ordering
of the universe is an expression of the agrarian nature of primitive black
African culture.”
(Sylia
Washington , 1973: 61)
Dalam puisi ini, terdapat pengekalan unsur tradisi yang menggunakan
flora dan fauna sebagai simbol dalam menyampaikan sesuatu makna. Penggunaan
perumpamaan berdasarkan alam semula jadi ini mengingatkan kembali tentang
suasana budaya masyarakat Afrika kuno yang mengamalkan pertanian. Perumpamaan
ini jelas dilihat dalam baris berikut:
“I
did not recognize the quavering whinny of your iron horses that drink but do
not eat
No longer the nobility of elephants but then barbaric clumsiness of monsters from the foretime of the world”
No longer the nobility of elephants but then barbaric clumsiness of monsters from the foretime of the world”
(Senghor 1964: 76)
Karakter ini segaja digunakan bagi
menghidupkan kembali suasana masyarakat Afrika dahulu yang mempunyai budaya dan
leluhur yang mempunyai peradaban sendiri. Walaupun bait ayat di atas memberi
tafsiran kepada perkara-perkara yang moden, namun kiasan masih berasaskan alam
semula jadi, contohnya iron horses
merujuk kepada kereta kebal.
Selain
itu, unsur-unsur alam yang lain turut digambarkan bagi mempamirkan suasana
tradisi dahulu yang penuh dengan kedamaian. Sebagaimana yang dinyatakan dalam
baris puisi yang berikut:
”And
their night fills with a sweetness of milk, the blue fields of the sky covered
with flowers, softly the silence sings.
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins"
You bring the sun. The air throb with liquid murmurs and crystalline whistling and the silky beat of wings
The eyelids of school girls are rose petals, fruits ripen at the breasts of virgins"
(Senghor 1964: 77)
Merujuk baris puisi di atas, perumpaan
tersebut adalah seperti flower, sun, crystalline, rose
petals, fruits ripen dan sebagainya. Perumaan ini sengaja ditonjolkan
supaya dapat mengekalkan tradisi penggunaan alam semulajadi yang digunakan oleh
masyarakat Afrika pada dahulu kala. Jadi, pengekalan tradisi ini tidak akan
melupuskan budaya masyarakat Afrika kini yang berhadapan dengan asimilasi
budaya yang dilakukan oleh bangsa berkulit putih.
Analisis
puisi To The American Negro Soldier
Menggunakan Teori Dekolonialisasi.
Seterusnya,
pendekatan dekolonialisasi pula diaplikasikan dalam karya Senghor dengan
melihat unsur menyahkan penjajahan sesuatu bangsa oleh bangsa yang lain. Perang
Dunia kedua telah membangkitkan semangat bangsa di negara jajahan untuk
membebaskan tanah air mereka daripada belenggu penjajah. Dalam puisi To The American Negro Soldier
sememangnya jelas ditampilkan mesej-mesej pembebasan tanah air daripada
penjajahan Nazi Jerman oleh anak watan yang berkhidmat sebagai tentera Afrika
Amerika. Tentera Afrika Amerika ini mengangkat senjata dan berjuang melalui
peperangan dalam usaha mereka menggantikan pemerintahan diktator penjajah sedia
ada dengan pemerintahan yang lebih baik. Hal ini dapat diteliti dalam bait-bait
puisi ini iaitu:
Who had forgotten the salt taste of tears and
the irritant smell of blood
You bring the springtime of peace, hope at the end of waiting
You bring the springtime of peace, hope at the end of waiting
(Senghor 1964: 76)
Kedatangan
tentera Afrika Amerika telah berjaya menggantikan pemerintahan diktator Jerman
yang kalah berperang dengan pemerintahan Afrika Amerika yang lebih baik dan memberikan
kedamaian kepada bangsa Afrika itu sendiri. Di sini, kita dapat lihat
berlakunya dekolonisasi di negara Afrika yang dilakukan oleh tentera Afrika
Amerika, walaupun hakikat sebenar mereka ini digunakan untuk menegakkan politik
Amerika.
Analisis puisi To The American Negro Soldier Menggunakan Teori Orientalisme
Orientalisme
juga merupakan falsafah atau pendekatan yang sesuai digunakan untuk
menganalisis puisi To The American Negro
Soldier. Dalam puisi ini jelas ditampilkan tentang cara Amerika memupuk
ideologi dan pemahaman mereka ke atas bangsa dijajah iaitu bangsa Afrika yakni
tentera Afrika Amerika. Tentera Afrika Amerika telah digunakan untuk menegakkan
ideologi kapitalism yang didukung oleh Amerika di negara asal mereka. Walaupun,
tentera Afrika Amerika itu berjuang atas dasar membebaskan negara asal mereka
daripada penjajahan Nazi Jerman tetapi mereka tetap ditindas dan dinafikan hak
mereka sebagai bangsa Afrika yang bebas kerana wujudnya penjajahan oleh Amerika
itu sendiri. Walhal, Amerika berbuat sedemikian hanyalah untuk mengukuhkan lagi
kuasa kapitalism yang unggul di Afrika dan menolak segala kuasa mahupun
ideologi yang mengugatkan kedudukan Amerika.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
puisi To The American Negro Soldier
oleh Senghor memberi impak yang mendalam terhadap pembacanya, terutamanya
bangsa Afrika itu sendiri. Puisi ini merupakan salah satu usaha Senghor dalam
mengangkat bangsa Afrika melalui penerapan unsur dan pendekatan negritude dan dekolonialisasi. Beliau
juga cuba menyedarkan bangsa Afrika tentang pemikiran orientalism yang dibawa
oleh bangsa penjajah menerusi penulisan puisinya. Hal ini dikatakan sedemikian
kerana kebanyakkan puisi Senghor yang dihasilkan, banyak menitikberatkan
isu-isu pembinaan bangsa Afrika, kebudayaan, kemerdekaan dan kesusasteraan
berpandukan acuan bangsa Afrika sendiri. Oleh itu jelaslah bahawa penulisan puisi
Senghor ditulis bertujuan untuk membina satu dimensi baharu dalam kesusasteraan
Afrika.
RUJUKAN
Cosmo Pieterse & Donald Munro (1971). Protest and Conflict in African Literature.
Heinemann: London.
Edward W ( 1978). Orientalism. Routledge & Kegan Paul: London.
Frant Fanon (1961). The Wretched Of The Earth. Grove Press: New York.
Laurence Urdang (1977). The House Dictionary of the English Language. Allied Publishers Private
Ltd: London.
Leopold Sedar Senghor (1964). Selected Poem. Oxford Univercity Press:
Callifornia.
Talib Samat (1993). Di Sekitar Dunia Sastera Dan Permasalahannya. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
M.G. Cooke & Englewood Cliffs (1971). Modern Black Novelist. Prentice Hall Inc.: New
Jersey.
Sohaimi Abdul Aziz (2014). Teori dan Kritikan Sastera. Dewan Bahasa
dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Sylvia Washington Ba (1973). The Concept of Negritude in the Poetry of
Leopold Sedar Senghor. Princeton
University Press: New Jersey.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan